Wednesday, April 29, 2009

Rumah Untuk Di Jual Di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani

Rumah untuk dijual - terletak di Bandar Puterijaya, Sungai Petani.






Rumah teres medium cost jenis Carnation,


Keluasan dalam 20 x 70.


Fully tiles luar dan dalam, siap awning sampai gate, sliding gate,


3 bilik tidur 2 bilik air, ceiling fan dalam tiap bilik, grill semua tingkap dan pintu (as per attached pics) .


Berminat hubungi :
Zarl - 012 4927941

SMS pun terima gak...tapi jgn harap di call balik la...hehe..

Sunday, April 26, 2009

Jadi Hero atau Jadi Takut..???

emm..semalam membuatkan aku tak leh nk tido nyenyak memikirkan kejadian yg berlaku pada pukul 11.30 mlm..tgh layan sepakan penalti Piala FA..jiran sebelah melolong mintak tlg...rupanya ada org nak pecah umah..so tindakan pantas aku...(walaupun berkain pelekat) dapat la aku tangkap cina yg nak wat jahat tu...keluar la buah 'kunci kelantan' semalam..heheh..ramai gak yg datang membantu..(membantu nak belasah)...aku yg tak bagi belasah...takut jadi kes lain plak..last bagi cina tu kat polis...emmm..

Jiran yg melolong mintak tlg tu sbb anak lelaki yg dok ngan dia takde sbb balik umah mak mentua..sbb tu dia mintak tlg... Pastu balik umah aku terpikir...aku dok ngan mak n kak aku..kalau la aku ada keje kat luar tak dapat balik umah malam tu...huhuh jadi takut aku..takut ma or kak aku di apa2kan..or org pecah umah..kalu sempat diorg mintak tlg takpe la..

Atas faktor2 macam tu gak la aku terpikir banyak kali nak pergi semula cari makan kat KL..sapa nak jaga ma n kak aku..hmm..Semoga Allah melindungi kita walau di mana kita berada..AMIN

Thursday, April 23, 2009

Minyak masak = Minyak pelincir kereta...??


PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?
Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.
Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya.
"Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10," katanya.
Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang dibelinya dari sebuah pasar raya.
Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.
Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.
Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya.
Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya.
Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas , Amerika Syarikat itu berkata: "Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentitik, tetapi kita tidak tahu mengenainya."
Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira dua tahun lalu selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara.
Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka.
"Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku," katanya.
Katanya, harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentitik kini berharga RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya, mencecah RM200.
Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta.


Abih diorang henjut...ermmm

"Penawaran 3.33 bilion unit tambahan Amanah Saham Malaysia (ASM) yang di umum kan PM pada 20 April mendapat sambutan menggalakkan" kata PNB..

Daripada jumlah itu, 1.665 bilion unit di tawarkan kepada Bumiputera, 999 juta unit untuk kaum Cina sementara 499.5 juta unit untuk kaum India dan selebihnya166.5 juta unit kepada rakyat Malaysia yg lain...

Presiden PNB berkata..999 juta unit untuk kaum Cina telah habis di langgan manakala kaum India telah melanggan 53.5 juta unit daripada 499.5 juta unit yang di peruntukkan dan kaum Bumiputera melanggan 7.65 juta unit<--(ermmm...) Dulu Amanah Saham nie untuk Bumiputera saja...dan pernah aku dgr seorang Cina berkata.." u ala duit aaa kasi labur la dalam itu Amanah Saham..itu Bumiputera saja looo bleh simpan sana...cina talak boleh...kalau Cina boleh aaa..haiyaa i dah masuk awal2 woo...".... sekarang???hehehe...

Minta encik Ayip mengkomen..kasi sedikit pendapat...dan anda di luar sana..apa pandangan anda ttg semua nie...heheheh

Wednesday, April 22, 2009

Adui paha pakcik sakit...

Warghhh...lama tak naik gunung jerai...arini aku kembali ke gunung jerai...jogin kat sana..takleh nak cecah 2kilometer sbb lama tak jogin di bukit bukau...hahaha

So..paham2 la kan lama tak jogin kat gunung...hhehe hari tu jogin kat taman rekreasi kat Alor setar..ok la..ada lenguh sket2 je sbb lama tak jogin...hari nie..macam nak tercabut otot paha aku..hahaha tu jogin secara perlahan dan lembut tu...regangan wat dekat 15 minit tu...tapi gunung jerai punya 'pukulan' jgn memain..heheh...tadi aku leh teruskan lagi...stamina ada lagi...tak penat mana pun..aku terpaksa berjalan la tadi bila kaki kanan aku rasa macam takleh nak cover lutut aku nie..(legamen putus tu dekat 6 tahun dah)..takleh teruskan...nanti terkehel lutut aku..heheh..

Dulu selamba je...2 3 kilo jogin naik atas..skrg takleh la..lutut kurang elok..hehe..apapun rasa fresh dan rasa ringan badan..silap2 kalau masuk ninja warrior kat tv9 tu leh sampai ke peringkat ke 3 rasanya..heheh takde la..

Tuesday, April 21, 2009

Semangat aku harini...

Ada org bertanya...apa semangat awak harini?...heheheh...tadi tadak jawapan...skrg maybe ada jawapan...semalam semangat membara...so hari nie bara tgh menyala..heheh

Bila bara tgh menyala...angin bertiup sket..lagi la menyala2..heheh..bukan la marah...heheh gila nak marah kat org tak tentu pasal...tegur n bancuh sket...itu je heheheh..selalu down je org dok kata kat aku...sbb mungkin tak mengerti perasaan aku ketika itu...tapi bila semangat tgh mai...aku jadi kebal la..hehehe...betul kata ayip cakap dalam hati je la...heheh

Maaf pada yg terasa...ampun pada yg kena...bukan di pinta...tapi pengajaran agar anda berpada2...heheh...

diam atau cakap??

ermmm...kadang bercakap nie pun susah gak sebenarnya...ye lah...salah cakap org terasa...cakap betul2 org kata kita main2...cakap serius org kata wat lawak...hehehe...masuk raja lawak je la...heheh...

Sesetengah org suka berdiam diri...senang katanya..tak ganggu org...nanti salah cakap org marah lak..org kata cakap pandai...kalau ada org wat salah..nak tegur nanti org cakap memandai...heheh baik diam...kalau diam org kata sombong...tak reti bergaul... ala bro..pandai2 la control cakap..org kata skema plak...nak bagi org puas hati payah...heheheh..

cakap banyak org menyampah...cakap sikit org kata takde idea...hahahaa...macam2 hal...semua nie berlaku dalam satu masa di depan aku...pada satu pagi....hehehe

Pagi yg gelap kini telah terang...

Pagi ni ujan..shejuk je..heheh..cuaca di kawasan utara di jangka mendung di sebelah tengahari..manakala di waktu petang cuaca di ramalkan cerah..sbb cuaca mendung pergi ke area kl plak..hhehe..

huhu..puas hati semalam aku jogin...rasa fresh n white je badan nie...tapi aku takleh lawan sorg apek tu...tinggal otot je badan dia...hahaha mana pergi isi pun aku tak tau...apek nie mmg dasat...aku rasa semua competition marathon kat utara nie dia masuk...musti la tiap2 hari berlatih...

Aku pun berlatih gak...berlatih nak lawan PS2 ngan kawan aku...hahaha bersukan gak tu...tiap2 hari dok provok aku...mntang2 la aku selalu kalah ngan dia dulu...tunggu la...hehehe..

Monday, April 20, 2009

Semangat Membara...

Semenjak dua menjak nie...semangat aku kembali...tak tau nape...mungkin semangat dari seseorg..ehhehe..perkara pertama aku nak buat bila semangat dah kembali...ialah..jogin..hahhaha..tour de gunung jerai...

Aku begitu bersemangat ni nak berjogin n kembali kan era2 kegemilangan stamina aku sblm aku injured lutut aku..heheh...tapi taklah leh speed macam dulu...ye la legamen lutut kaki kanan aku dah putus...huhuu...pelan2 lari bleh la... yg penting nak bagi perut jadi 6 ketul otot...heheh sbb sekarang seketul je...korang paham2 kalau kat perut ada seketul je otot...comel je perut..hehehe

Mungkin lepas nie semangat lain akan sampai...sapa tiupkan semangat ini??emm...heehe ada la seseorg...tapi aku cerita kat best fren aku...dia tiup2 lagi kata2 untuk aku bangkit dalam hidup aku...mmg dia nie sentiasa ada je idea dia...katanya thinking out of box...thanks bro...harap bro bersabar menunggu untuk rematch fifa kat PS2...heheh

Sunday, April 19, 2009

ikan..hehe

Hari ini ikan kurang di kawasan umah aku..ma aku marah sbb ikan yg dia nak makan takde...heheh. Aku gi cari kat pasar besar tu...lori ikan yg ambil direct dari nelayan pun bawak sket je ikan...heheh

Harga ikan di kedah pada hari ini agak tinggi berbanding harga ikan di Sabah...sbb aku tau sabah byk ikan..heheh...harga ikan di kolumpo tidak dapat di pastikan memandangkan kebanyakan penduduknya di laporkan lebih suka makan ikan sardin dalam tin...hehhee

Saturday, April 18, 2009

Panas dan Tenang..

Panas...dgr perkataan tu dalam cuaca sekarang mmg takleh nak duduk diam..hahaha..aku panas tahap gaban semalam...panas betul2 panas...abih berpeluh satu badan satu hari....kira kipas kat umah aku semalam bekerja keras la...hhehehe...sampai ke hari nie cuaca sama gak..panas je...fuhh..kadang2 rimas pun ada rasa gak...solution...dok depan kipash setiap masa...

Dalam dok panas2 badan berpeluh nie..aku ada kenal seseorang yg dapat wat aku rasa tenang...terus terang la...chatting punya org la..hahaha...ntah..rasa tenang je bila chat ngan dia..emm thanks to ***#)( ......yang panas pun tetiba jadi sejuk...(hehehe merapu dah la tu)

Satu lagi cerita best...harini kak aku wat kek coklat...hahaha best tu..makan kek coklat..

Friday, April 17, 2009

ntah la

sehari dua nie asik nak sakit hati je...tak tau nape...hahahah...yg pasti aku cuba jadi insan yg terbaikk...tak mau cari pasal ngan org...tapi org lak cari pasal ngan aku...so pendam je la...heheh..jadi sakit hati sorang2...hahaha padan muka...syukur la sekurang2 nya aku dah di beri satu petunjuk untuk aku berhati2 bila berdepan dgn org suatu masa nanti...alhamdullillah...

Yang seronoknya...tiap2 hari ada je cabaran untuk aku..tu yg best tu...macam2 aku dapat belajar...betul la org selalu bercakap...kita kalau takdak apa2..cakap pun tak laku...aku agak setuju statement tu...hehehe...so wat tak peduli semua tu...yg pasti aku seronok ngan hidup aku tak ganggu duit ringgit org...heheheh

Wednesday, April 15, 2009

Resam dunia...

Tgk tajuk tu...mak aku yg bagi tajuk tu...hehe..setelah aku cerita pasal kawan2 aku..tak kira yg baru kenal ke...lama kenal ke...emmm..apa yg dapat aku rasakan...bila aku perlukan kawan...semua macam nak jauh dari aku...heheh..apa la..aku ajak keluar ke apa ke..aku belanja la...aku tak keje pun ada duit lagi... ada gak yg segelintir suka kenakan org...takpe...janji aku tak pekena org...org pekena aku pun takpe...asal aku ada kawan...

sesetengah tu plak..bila time senang tadak la nak call ke apa ke..aku call or sms tak di balas apapun...tanya kabar je...bukan tanya duit ada berapa byk...hehehe...bila time diorang susah..call sampai nangis2...hmmm aku rasa nak bukak consultant la...tumpu pada masalah peribadi n cinta...hehehe..masalah berkenaan keje pun bleh jumpa aku untuk luahkan...hehehe akan aku selesaikan...

sbb tu mak aku bagi ayat RESAM DUNIA..kat aku...hehehe thank mama...i luv u forever

Friday, April 10, 2009

Sakan..

Lama tak jumpa kawan aku yg sorg nie..actually dia satu sekolah ngan aku dulu..pastu dekat 10 tahun tak jumpa...skali terjumpa kat kl aritu...perghhh SAKAN...pasaipa sakan?? dia nie keje kat MQA je..lama la gak keje kat situ..tapi yg pasti dia bukan manager la...hehehe.

Apa yg sakan dia nie? keje biasa je tp umah dia ada 3 buah dah...semua dia sewakan..kira hebat la tu...hehehe...aku sebuah pun tak tau bila nak ada...hehe..baru ni chatting ngan dia...dalam perkiraan nak tambah lagi sebuah...ish3..pandai cari peluang la dia nie...

So aku nak kena belajar ngan dia la selok belok hartanah nie...org cakap nak berjaya kena la berkawan ngan org yg dah berjaya...amik ilmu dia...apapun aku respek la kat hang FARID...

Wednesday, April 8, 2009

Muhasabah diri aku

Lama aku tak publish post...mungkin kepala tgh serabut kot...hari ni aku tgk macam2 ragam dan situasi yg buat aku muhasabah balik diri aku...

Aku ada sembang ngan sorang makcik cleaner..aku rasa cukup rendah diri...makcik nie keja cleaner..suami dia pencen askar keje cleaner gak tapi pendapat diorang sebulan RM 2k lebih...cleaner jer..jgn pandang lekeh pada cleaner..hahaha.. Walaupun keja diorang dok cuci toilet yg kita dok 'lawat & 'buang' tu...tapi keja mulia tu Allah balas dgn rezeki melimpah ruah...aku rasa tersentuh dgn apa yg diorang berdua cerita semalam...jumaat nie diorg nak pergi P.Dickson nak tgk anak diorang tamat latihan askar...makcik & pakcik nie cerita nak pergi sana naik kereta..nak masak makanan kegemaran anak bawak pergi sana takut basi...jadi diorang bercadang nak beli KFC je kat sana nak bagi anak makan....tu dia... Aku tak tau la apa korang rasa...tapi yg buat aku tersentuh..kasih sayang ibu ayah bersusah payah keje mencuci...pastu berusaha hadirkan diri nak bagi anak rasa happy masa tamat latihan...siap bawak makanan tu...nak bagi anak makannn...tapi anak2 skrg belum tentu boleh buat macam tu...emm

Tghari sket terjumpa plak member kg aku...dia nie keje mekanik kampung je...dulu kecik2 pun malas pergi sekolah...dok berbual ngan dia...dia cakap nak pergi sign aggrement beli umah...wahhh...aku yg rajin pi skolah pun tak mampu lagi nak beli umah...dia siap ada anak bini lagi....mungkin Allah melimpahkan rezeki yg banyak pada dia...alhamdulillah...

Dua kes tu telah buat aku tersentak dan terfikir ttg diri aku...banyak pengalaman aku lalui tapi apapun tadak sekarang...hahahahah....sedih2...mungkin rezeki aku belum sampai...Ya Allah aku pohon keampunan dariMu dan aku pinta kau limpahkanlah rezeki yang banyak buatku... AMIN