Aku baca paper harini...berita yg menarik mata aku ialah berita suami isteri lari ke Kuantan bersama 3 anak kecil kerana di buru Along..bukan abang L0ng diorang...si suami hutang dengan Along RM 10k..atas alasan ada masalah kewangan..
Kita tak tahu apa masalah diorang tapi takkan takde cara lain kot. Pendapat aku Along buat keje dia..dah pinjam duit dia msti la dia nak duit dia balik. Semua org tahu syarat dan akibat bila takleh bayar duit Along nie..ada ke Along tetiba pergi mintak duit kat orang yg tak pinjam kat dia???hehehe tak pernah dengar lagi la...atau aku terlepas pandang...bukan backup Along..tapi...emm. Ntah la..salah sapa pun aku tak tau..
Kesian kat anak2 la..kecik2 dah di bawak lari ke sana sini. Takkan si suami tu tak bleh agak kot akibat yg dia bakal tanggung..bila ada masalah kena buru ngan Along reti plak wat aduan kat Ketua Setiausaha Negeri Pahang tu... Mungkin tak tau nak pikir apa dah kot bila dah terdesak nie..
Semoga anak2 kecil itu di lindungi Allah..Amin..
Tuesday, May 26, 2009
Wednesday, May 20, 2009
wabak...
Malaysia sekarang lebih tertumpu kepada wabak virus h1n1 tu berbanding isu-isu politik negara . Ini bermakna kita sememangnya mementingkan tahap kesihatan yang optimum. Ye la, semakin hari semakin bertambah mangsa virus nie kat Malaysia. Kita kena berhati-hati gak walaupun di war-warkan Malaysia bebas dari virus h1n1 sebelum nie.
Jadi kepada yang 'rajin' ke luar negara tu..harap sentiasa beringat lah ye..heheh. Jangan pulak perginya sihat baliknya kena tahan kat wad..tak pasal-pasal kena kuarantin. Kepada yg sering bangga berbelanja melancong ke luar negara, paham-paham la ye..kat Malaysia pun banyak tempat menarik..udara pun fresh..orang luar pun datang bercuti berbulan-bulan kat Malaysia sebab Malaysia fresh kata mereka.

Thursday, May 14, 2009
hahaha...
hahaa...harini aku tak tau watpe...penin2...takkan nak jogin tghari buta nie...gila ka apa... ada jumpa seorg kawan..pijan..(eheh ayip kenai pijan ni)..bila dia tau aku tak wat apa sekarang...dia cakap "hang ingat senang ka nak dok saja..hang kira bertuah la..." hahahaha...penuh makna ayat tu pada aku...tapi kalau pikir direct betul gak...ingat senang ke tetiba je nak dok saja...so hargai la masa dok saja nie...heheheh mereng dah aku nie...
Sunday, May 10, 2009
Che Bedah..

Satu hari, Che Bedah siapkan anaknya untuk ke sekolah...walaupun sejak dari bangun tidur anaknya merengek tak nak pergi sekolah kerana takut dengan alam sekeliling persekolahan, Che Bedah tetap berkeras suruh anaknya ke sekolah kerana itulah satu-satunya anak lelaki yg mungkin satu hari nanti akan menjadi org berguna.. Si anak yg sememangnya keras kepala dan degil, masih lagi menunjukkan tanda-tanda protes pada ibunya..
Setelah siap, Che Bedah pun nak menghantar si anak ke sekolah dengan basikalnya. Bila si anak dah berada di pelantar belakang basikal tersebut...Che Bedah pun mula la nak naik dan berkayuh..tiba-tiba basikalnya 'out of control' akibat protes si anak di belakang..maka tersembamlah kedua beranak tersebut ke tepi jalan...dengan pantas bangun lah Che Bedah untuk melihat anaknya yg terjatuh..di belek-belek anak tu sekeliling badan takut2 ada tercedera atau kotor pakaian sekolah...bersyukur Che Bedah kerana anaknya maintain cute macam dia siapkan tadi..Si anak terdiam seribu bahasa kerana terpandangkan telapak tangan ibunya yg berdarah akibat jatuh basikal tadi...akan tetapi ibunya dengan selamba badak buat-buat tak perasan luka kat tangan..Terus Che Bedah dapatkan basikal dan menghantar anak lelaki kesayangannya ke sekolah..
Di sekolah satu hal pulak..Che Bedah terpaksa menunggu di luar kelas kerana anak lelakinya itu tak biasa dengan persekitaran sekolah..dah memang budak-budak sememangnya Che Bedah amat memahami walaupun dalam keadaan menahan pedih di telapak tangan.
Itu semasa sekolah rendah. Ketika di sekolah menengah, termyata anak lelakinya seorang anak yg taat dan patuh pada kata Che Bedah. Asuhan Che Bedah memang di terapkan dengan tertib dan menghormati pada org2 tua di tambah dengan ilmu agama yg senantiasa di ingatkan pada setiap saat sehinggakan anak remaja itu selalu kena marah sbb lambat solat dan baca Al-Quran pada waktu Maghrib..tapi si anak protes dalam diam namun tetap di turuti demi menjaga hati si ibu.
Si anak bukanlah seorang yg cerdik pandai di dalam pelajaran..hanya cukup-cukup makan sehinggakan pada peperiksaan percubaan SPM si anak mendapat pangkat SAP...bagai nak menangis si anak tapi apakan daya..itu yg terpaksa di terima kerana di rumah ketika belajar kalau tak faham apa2 matapelajaran, cuba di tanya pada si ibu..terdiam si ibu kerana tak tau nak bagi jawapan..bengang la si anak. Che Bedah bukan tak mahu jawab..tapi dengan pelajaran setakat darjah 4 apalah yg boleh di jawabnya..kalau di tanya tentang ilmu agama tahulah Che Bedah menjawabnya serba sedikit.. Di sebabkan keputusan si anak teruk ketika percubaan SPM, Che Bedah di panggil pihak sekolah. Di sekolah cikgu matapelajaran Matematik tegur Che Bedah kerana si anak tak penah dapat keputusan elok..merah memanjang mata pelajaran tu..Che Bedah di 'bancuh' kerana si anak di hantar ke tuisyen pun masih lagi teruk Matematiknya..apalah yg boleh Che Bedah buat pada ketika itu...hanya terdiam sahaja..yang terbayang hanya satu...Kalau ibu pun tak pandai macam mana anak nak pandai..ayah pulak meninggal ketika kecik..kalau ada ayahnya boleh la di tunjuk ajar serba sedikit..balik di rumah Che Bedah hanya terdiam. Si anak paham perasaan ibunya kerana ibunya di 'bancuh' oleh cikgu tersebut di depannya. Esoknya di dalam kelas, si anak termenung sehinggakan di tegur oleh seorang kawan kelasnya..setelah di cerita, kawannya itu sanggup meng 'tuisyen'kannya..atas bantuan insan tersebut maka si anak telah mendapat keputusan peperiksaan SPM dengan baik.. Gembira bukan kepalang Che Bedah bila tgk keputusan anak dan Che Bedah amat berterima kasih pada kawan si anak tersebut..
Sehingga sekarang si anak berkawan baik dengan insan yg telahpun bergelar guru..walaupun si anak tidak la sehebat kawan baiknya itu..namun Che Bedah bersyukur kerana asuhan yg berteraskan agama itu masih utuh di pegang anaknya..setiap hari dari lahir sehinggalah anaknya dewasa Che Bedah tak jemu-jemu memberi kata-kata semangat pada anaknya..kerana Che Bedah sedar dan selalu berkata kepada anaknya...
"Allah sentiasa bersama kita dan Dia lah yang memberi segalanya sama ada cepat atau lambat..kita hanya perlu percaya dan bersabar..."
Begitulah Che Bedah..ibu aku..walaupun aku tak secerdik kawan2 lain...tak sehebat dan berkerjaya seperti kawan2 lain...aku tetap bersyukur kerana mempunyai ibu yang tak pernah merungut dengan keadaan aku..dan sentiasa memberi kata2 perangsang dan semangat untuk aku..aku berbangga kerana aku di lahirkan pada bulan yg mana semua insan di dunia meraikan Hari Ibu..dan sehari sblm aku di lahirkan adalah Hari Ibu...
Mama, aku tahu aku bukan sempurna padamu...aku tak pandai memberi hadiah pada mu tapi setiap masa dan detik nadiku..aku sentiasa berdoa semoga kau di lindungi Allah..dan sempena Hari Ibu ini ku ucapkan Selamat Hari Ibu..terima kasih atas asuhan tegasmu dan semangat kentalmu..

Monday, May 4, 2009
warghhh,,,shejjuk shejuk..
huhu..ujan lagi pagi nie...satu hari semalam dah ujan...syukur alhamdulillah...sejuk ja..hehehe...
Emm takde apa yg menarik yg nak cerita...cuma aku tak berapa puas hati sbb pasukan bola sepak kedah sekarang dah jatuh tangga ke 5...emm tgk la sket hari nanti...sure dok atas balik..ahha..baru nie belasah pahang..tapi tak best gak...tak berapa mantap sbb masih longgar di semua bahagian...yg baru nak ok sket kat jentera serangan la...nampak mcm dah ada keserasian...heheh..tapi defend kureng la...walaupun menang...tapi bolos gak sebijik...takpe..sekurang2nya menang...
Yang best nya 3 pasukan liga inggeris nie...hahha...MU kena ligan ngan Liverpool sekarang...jgn lupa Chelsea..heheh 3 pasukan yg gah tu...Liverpool beza satu mata je ngan MU...tapi selagi ada mamat Ronaldo tu payah la sket kot nak bagi tumbang MU...heheh..Torrest Liverpool pun jgn memain..jgn bagi ada ruang kat dia...silap2 bola dok dalam gol secara tidak di sedari...hehehe...
Apapun aku masih giat berlatih untuk menentang ayip...heheh..(tunggu la ayip...aku sekarang dah terrer amik corner...hehehe)

Subscribe to:
Posts (Atom)