Sunday, May 10, 2009

Che Bedah..


Satu hari, Che Bedah siapkan anaknya untuk ke sekolah...walaupun sejak dari bangun tidur anaknya merengek tak nak pergi sekolah kerana takut dengan alam sekeliling persekolahan, Che Bedah tetap berkeras suruh anaknya ke sekolah kerana itulah satu-satunya anak lelaki yg mungkin satu hari nanti akan menjadi org berguna.. Si anak yg sememangnya keras kepala dan degil, masih lagi menunjukkan tanda-tanda protes pada ibunya..
Setelah siap, Che Bedah pun nak menghantar si anak ke sekolah dengan basikalnya. Bila si anak dah berada di pelantar belakang basikal tersebut...Che Bedah pun mula la nak naik dan berkayuh..tiba-tiba basikalnya 'out of control' akibat protes si anak di belakang..maka tersembamlah kedua beranak tersebut ke tepi jalan...dengan pantas bangun lah Che Bedah untuk melihat anaknya yg terjatuh..di belek-belek anak tu sekeliling badan takut2 ada tercedera atau kotor pakaian sekolah...bersyukur Che Bedah kerana anaknya maintain cute macam dia siapkan tadi..Si anak terdiam seribu bahasa kerana terpandangkan telapak tangan ibunya yg berdarah akibat jatuh basikal tadi...akan tetapi ibunya dengan selamba badak buat-buat tak perasan luka kat tangan..Terus Che Bedah dapatkan basikal dan menghantar anak lelaki kesayangannya ke sekolah..
Di sekolah satu hal pulak..Che Bedah terpaksa menunggu di luar kelas kerana anak lelakinya itu tak biasa dengan persekitaran sekolah..dah memang budak-budak sememangnya Che Bedah amat memahami walaupun dalam keadaan menahan pedih di telapak tangan.
Itu semasa sekolah rendah. Ketika di sekolah menengah, termyata anak lelakinya seorang anak yg taat dan patuh pada kata Che Bedah. Asuhan Che Bedah memang di terapkan dengan tertib dan menghormati pada org2 tua di tambah dengan ilmu agama yg senantiasa di ingatkan pada setiap saat sehinggakan anak remaja itu selalu kena marah sbb lambat solat dan baca Al-Quran pada waktu Maghrib..tapi si anak protes dalam diam namun tetap di turuti demi menjaga hati si ibu.
Si anak bukanlah seorang yg cerdik pandai di dalam pelajaran..hanya cukup-cukup makan sehinggakan pada peperiksaan percubaan SPM si anak mendapat pangkat SAP...bagai nak menangis si anak tapi apakan daya..itu yg terpaksa di terima kerana di rumah ketika belajar kalau tak faham apa2 matapelajaran, cuba di tanya pada si ibu..terdiam si ibu kerana tak tau nak bagi jawapan..bengang la si anak. Che Bedah bukan tak mahu jawab..tapi dengan pelajaran setakat darjah 4 apalah yg boleh di jawabnya..kalau di tanya tentang ilmu agama tahulah Che Bedah menjawabnya serba sedikit.. Di sebabkan keputusan si anak teruk ketika percubaan SPM, Che Bedah di panggil pihak sekolah. Di sekolah cikgu matapelajaran Matematik tegur Che Bedah kerana si anak tak penah dapat keputusan elok..merah memanjang mata pelajaran tu..Che Bedah di 'bancuh' kerana si anak di hantar ke tuisyen pun masih lagi teruk Matematiknya..apalah yg boleh Che Bedah buat pada ketika itu...hanya terdiam sahaja..yang terbayang hanya satu...Kalau ibu pun tak pandai macam mana anak nak pandai..ayah pulak meninggal ketika kecik..kalau ada ayahnya boleh la di tunjuk ajar serba sedikit..balik di rumah Che Bedah hanya terdiam. Si anak paham perasaan ibunya kerana ibunya di 'bancuh' oleh cikgu tersebut di depannya. Esoknya di dalam kelas, si anak termenung sehinggakan di tegur oleh seorang kawan kelasnya..setelah di cerita, kawannya itu sanggup meng 'tuisyen'kannya..atas bantuan insan tersebut maka si anak telah mendapat keputusan peperiksaan SPM dengan baik.. Gembira bukan kepalang Che Bedah bila tgk keputusan anak dan Che Bedah amat berterima kasih pada kawan si anak tersebut..
Sehingga sekarang si anak berkawan baik dengan insan yg telahpun bergelar guru..walaupun si anak tidak la sehebat kawan baiknya itu..namun Che Bedah bersyukur kerana asuhan yg berteraskan agama itu masih utuh di pegang anaknya..setiap hari dari lahir sehinggalah anaknya dewasa Che Bedah tak jemu-jemu memberi kata-kata semangat pada anaknya..kerana Che Bedah sedar dan selalu berkata kepada anaknya...

"Allah sentiasa bersama kita dan Dia lah yang memberi segalanya sama ada cepat atau lambat..kita hanya perlu percaya dan bersabar..."


Begitulah Che Bedah..ibu aku..walaupun aku tak secerdik kawan2 lain...tak sehebat dan berkerjaya seperti kawan2 lain...aku tetap bersyukur kerana mempunyai ibu yang tak pernah merungut dengan keadaan aku..dan sentiasa memberi kata2 perangsang dan semangat untuk aku..aku berbangga kerana aku di lahirkan pada bulan yg mana semua insan di dunia meraikan Hari Ibu..dan sehari sblm aku di lahirkan adalah Hari Ibu...

Mama, aku tahu aku bukan sempurna padamu...aku tak pandai memberi hadiah pada mu tapi setiap masa dan detik nadiku..aku sentiasa berdoa semoga kau di lindungi Allah..dan sempena Hari Ibu ini ku ucapkan Selamat Hari Ibu..terima kasih atas asuhan tegasmu dan semangat kentalmu..

3 comments:

  1. pezal...

    best baca entri hang nie...
    2 kali membaca...bagaimana besarnya pengorbanan seorang ibu...
    anyway...jgn putus asa dalam kehidupan...keep going...teruskan berdiri dan meniti cabaran2 idup ini...ingat...dari kita mula merangkak..insyaallah...satu ari nnti...awak kan selalu berlari...dan bile dah berlari...jgn sesekali...lupakan diri...

    selamat hari ibu...

    adiozzz

    ReplyDelete
  2. Sejauh maner kite melangkah pun, setiap permulaan tapaknyer disusun oleh seorang ibu...
    perkataan pertama yang kelua dari mulut kite ibu,
    ayat pertama bile melatah oh mak...
    Pendek kate semua nyer ibu... sapelah kite tanpa pangorbanan besar seorang ibu yang saggp berkongsi dan bertarung nyawa membawa kita ke dunia ni... permulaan corak semua diwarnakan ibu dengan penuh kasih sayang yang tidak terhingga lebih dari segalanyer.. tapi bile besa masing2 pilih corak sendiri.... Namun setiap yang dilakukan oleh si anak pasti direstui dengan sesuci ikhlas hatinya... Doa ibu sentiasa mengiringi nafas kite....

    IBU SENTIASA MENJADI RATU HATI ANAK SEPANJANG HAYA DUNIA AKHIRAH...

    SELAMAT HARI IBU... :)

    p/s": Cik Zarl, Selamat Hari Lahir yer. Semoga hidup semakin bermakna dan penuh dengan kebarkatan dari yang Maha Esa. Semoga Setiap langkah Cik Zarl semakin kukuh dengan iringan senyuman doa ibu Cik Zarl... Amin...

    ReplyDelete
  3. memang best baca entri awak nih. Betapa.......(tak terucap ngan kata2)

    ReplyDelete